Tolonglah Mak Ayah, Pil Minda Jenama Apa Pun Takkan Bagi Anak Pandai – Doktor

Terlalu banyak supplemen kesihatan yang dijual untuk golongan kanak-kanak hinggalah dewasa. Salah satunya yang sudah lama mendapat tempat di pasaran, supplemen kanak-kanak berbentuk pil yang dikatakan boleh membantu perkembangan minda mereka. Anak yang mengamalkan pil minda ini juga katanya lebih fokus dalam pelajaran, bahkan mampu mengubah perilaku mereka menjadi patuh dan taat. Ramai ibu bapa yang membeli dengan harapan anak mereka menjadi seperti apa yang diiklankan oleh penjual. Namun, sejauh manakah kebenarannya?
Tampil membidas, Dr Rusyainie Ramli menerusi facebooknya menegaskan bahawa pil minda jenama apa sekalipun tak akan boleh menjadikan anak pandai, patuh dan taat. Jom ikuti penjelasan doktor seperti di bawah ini supaya ramai ibu bapa tidak akan mudah terpedaya dengan penjual atau ‘bani supplemen’ yang hanya ingin mengaut keuntungan. PIL BAGI ANAK JADI MALAIKAT? Cikgu-cikgu, saya sebagai mama nak minta tolong. Walaupun cikgu-cikgu di sekolah anak-anak saya tak jual produk nak bagi budak jadi malaikat, saya harap sangat cikgu-cikgu lain jangan lah tergolong dalam bani pil macam ni. Atau pun jangan benarkan bani suplemen minda ni jejakkan kaki pun ke sekolah.
Kebanyakan cikgu-cikgu yang saya kenal dan rapat tidak begini. Mereka pentingkan etika. Tapi kerana ada segelintir yang tamak haloba, habis terpalit nama cikgu-cikgu yang profesional. Mama macam saya menghantar anak ke sekolah dengan harapan cikgu-cikgu bantu saya mendidik dan mengajar anak-anak saya bab pelajaran. Saya ni walaupun kerja profesional, tapi kalau tengok silibus anak-anak, saya pun boleh menangis. Memang mencabar betul tahap kehendak sistem pendidikan sekarang. Hanya cikgu-cikgu saja yang boleh tunjuk ajar yang betul supaya anak-anak saya mendapat ilmu seperti yang sepatutnya dan menjawab peperiksaan dengan baik.
HALAMAN SELANJUTNYA:


close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==